Friday, November 26, 2010

persahabatan vs perampas

Persahabatan: sahabat umpana kasih yang tak akan terputus,
yang sentiasa bersama, mendaki gunung harapan, membasmi air mata duka

Perampas: perampas umpama memutuskan kasih antara 2 insan,
pemusnah impian, mengharap air mata terus mengalir

Persahabatan: sentiasa hadir menghulur secebis kasih sayang bila sahabat berduka,
kesepian bila ditinggalkan oleh insan yang mereka syg

Perampas: sentiasa hadir menabur benih2 cinta baru, mengharapkan simpati untuk menagih kasih si dia

Persahabatan: selalu setia di sisi, menjaga kebajikan,
tak sanggup melihat sahabatnya kesempitan.. seboleh mungkin mahu menjadi sahabat terbaik

Perampas: selalu setia untuk memotong jalan, mahu menjadi awek terbaik yang sentiasa peka dengan keadaan semasa

Persahabatan: tak mengharapkan balasan, sanggup berkorban demi cinta seorang sahabat

Perampas: pengorbanan untuk cinta bukan dari hati yg ikhlas


kesimpulan: perampas bermula dari persahabatan, timbul kasih, terbit sayang.. hadir tanpa diduga, pergi tanpa dipinta.. adakah ini harus berlaku? mengharap pada kasih si dia, walapun tahu dia harus memilih antara 2 nama dan 2 hati..

No comments:

Post a Comment