Tuesday, December 28, 2010

entah kenapa

entah kenapa
tiap kali teringat kan kau
bahagia tak pernah ilang
senyum tak pernah lekang

entah kenapa
tiap kali kau ilang
aku terus jadi hurahara
resah xreda-reda rase cam nak gila

entah kenapa
hari2 date depan skrin
rindu xpernah surut
sayang xpernah kurang

entah kenapa
tiap kali bersama kau
aku rasa tenang
bagai melayang-layang

entah kenapa
tiap kali kau bermesra dengan orang lain
aku jadi sensitif xsemena2
semua benda jadi xkena

entah kenapa
aku rela bagi hati kat kau
melanggar janji sendiri
bagai dipukau

entah kenapa
pertama kali lihat senyuman kau
aku terus jatuh cinta
senyuman kau menggoda

entah kenapa
aku nak kau sentiasa ade dengan aku
share ape saja cerita dan rahsia
berkongsi ketawa dan airmata

entah kenapa
aku yang kau pilih
bukan xde yang baek..
menipu jugak lau kate tiada pilihan lain

entah kenapa
aku terlalu takut kehilangan kau
bukannye aku tak pernah kehilangan
tapi separuh jiwa aku ada pada kau
entah macam mana nak teruskan hidup tanpa separuh lagi

entah kenapa
aku rasa aku tak layak untuk kau
kau terlalu baek dan sempurna
aku hanya insan yang banyak cacat cela

entah kenapa
bukan xpernah jatuh cinta
tapi kau melengkapi segala2
bagai engkaulah cinta pertama

entah kenapa
aku rasa kau lah mr.right aku
melengkapi sisi kekurangan aku
meneima aku kerana aku adalah aku

entah kenapa
kadang2 aku rasa spek kau xcukup power
tah macam mane aku nih kau boleh suka
aku yang xde kelebihan ape2 kau cinta

entah kenapa
aku mengharap kau jadi teman setia
pelindung untuk aku bersandar
pembimbing dikala aku mula goyah
peneman untuk aku berkongsi suka dan duka
sayang dan cinta

entah kenapa
aku takut kau bosan dengan kerenahku
yang kadang2 manje mengadew2
yang boleh nanges xsemena2
yang bisu seribu bahasa
yang degil keras kepala
yang emosi bergelora

entah kenapa
aku nih jenis cakap bertingkat2 berlipat2
kadang2 straightforward cam lebuh raya
mengharap kau dapat baca fikiran aku
yang berselirat pelbagai wayar

entah kenapa
bukan takde yang menabur cerita
ade juga yang minta kasih pendua
tapi engkau juga yang aku setia
engkau juga yang aku cinta
engkau juga pilihan pertama

entah kenapa
aku nih bile suda jatuh cinta
perhatian aku hanya untuk dia
takde ruang untuk sesiapa
penuh cop jiwa hanya nama dia

entah kenapa
apasaja tentang kau aku suka
segalanya tentang kau aku gila
kalau ade buat fanclub
aku la peminat paling fanatik kau

entah kenapa
aku takde jawapan kenapa jatuh cinta
ambil risiko untuk terluka dan diluka
yang aku tahu aku hanya mahu kau
dan aku mahu kau tahu
aku cinta kau tanpa cacat cela
kekurangan kau kesempurnaan bagi aku
mungkin kalau kau tercipta bukan untuk aku
tiada orang dapat mencintai kau lebih dari aku

karya spontan tatkala derita merindu

No comments:

Post a Comment