suatu ketika dulu
kau pernah hadir menghulur cinta
tatkala aku sedang membaiki haty yang lara
suatu ketika dulu
kau pernah meminta izin menjadi pembimbing
menjadi penunjuk arah aku yang terumbang ambing
suatu ketika dahulu
aku menolak cintamu kerna serik dengan mainan cinta dunia
serik diperlaku seperti boneka tak bernyawa
suatu ketika dahulu
aku pernah memaksa haty menerima huluran cinta
belajar menerima meskipon tidak berjaya
suatu ketika dulu
aku menyepikan diri kerana tidak tahu apa cara
menolak cinta tanpa membuat kau terluka
suatu ketika dulu
aku mansuhkan segala cinta yang ada
kerana tawar hati dicampak kesana kemari sesedap rasa
suatu ketika dulu
kata caci maki darimu membuat aku terpana
mencari dimana puncanya
suatu ketika dulu
aku masih berdiam diri tatkala dimaki
kerana aku tidak betah untuk menyakiti hati insani
tapi hari ini
kau datang kembali menggugat ketenangan haty
aku dengan rela hati menonjolkan diri
hari ini
kau bertanya lagi tentang cinta dan hati
masih adakah peluang untukmu memiliki
hari ini
aku merobek lukamu sekali lagi
berterusterang bahawa cinta dan hatyku dah dimiliki
hari ni
tiada lagi caci maki yang meniti
hanya doa tulus mengiringi
moga aku temui pembimbing sejati
menerima cacat cela diri ini
menjadi tunggak untuk melindungi
menjadi pengubat duka yang memahami
menjadi pembimbing mencari redha ILAHI
terima kasih teman atas doa tulus mu
moga doamu dimakbulkan
doaku buatmu
agar kau temui
pendamping yang sejati..
karya 5 minit selepas insiden tersebot..hoho
No comments:
Post a Comment