Sunday, March 13, 2011

mencari kekuatan dari dasar hati


langkah kaki yang ku hayun
sebentar tadi terhenti
menoleh sejenak daku
dipalingkan wajah ke belakang
seminit dua
memerhati kenangan itu
membiarkan sejarah berlalu

ku tinggalkan ia dengan hati yang rela
menganggap dugaan dalam meniti kehidupan
meneruskan hidup dengan penuh keikhlasan
alhamdulillah tiada penyakit hati
yang tersimpan
moga persahabatan tetap kekal
berharap ukhwah yang terjalin
mendapat keredhaanNya.

dengan nama allah yang maha pengasih
lagi maha penyayang
ke teruskan hayunan langkah kaki
memandang masa depan

kembali kepada tujuan utama
melangkah tanpa dia
meninggalkan keralatan jiwa

kembali ke sisi utama
menunaikan tanggungjawab
sebagai hamba yang hina mencari
cinta dan keredhaan Sang Pencipta
menunaikan tanggungjawab
sebagai srikandi tunggal
berusaha sehabis mungkin
merealisasikan impian kedua permata jiwa
menunaikan tanggungjawab
sebagai pelajar mencari ilmu
dan mengamalkannya dalam kehidupan

sejarah yang terukir tidak dapat diubah
melainkan dengan izinNya
masa depan dapat diolah mengikut usaha
dengan izinNya
berusaha memperbaiki diri kerana
setiap satu perkara yang berlaku
ade sebab musabab
semoga kita tidak terus tergoda
dengan fatamorgana dunia.

::sebesar zarah kebaikan dan keburukan yang kita lakukan dalam kehidupan
pasti mendapat balasannya.astaghfirullahhalazim...~




No comments:

Post a Comment