ingin berbicara
meluahkan rasa
tetapi tiada yang mengerti
ibarat berbisik di celah almari
membuat hati termangu sendiri
membenamkan segala di dasar kotak hati
senyum terukir
gelak tawa memecah suasana
darah tetap mengalir
dari jiwa yang xpernah baek dari luka
kenangan tidak pernah padam
rasa tidak pernah pudar
ingatan tidak pernah hilang
hak milik tidak penah bertukar
biarkan rasa ini masih menghantui
jika rasa ini tidak layak dikongsi
awak!!kamuu!!
ye kamu tahu siapa kamu..
sebahagian itu masih bersama kamu
itu kamu perlu tahu
meski kamu takkan pernah tahu
meski kamu tidak pernah ambil tahu
kotak hati masih disini
biar pun hilang sisi separuh lagi
masih menanti untuk kembali dimiliki
ahh..kalau dikembali sekali
belum tentu ade yang mampu mecuri sekalilagi
kerna hati masih degil masih mahu hero hati
menuntut mengambil dan melindungi
seperti janji yang digantung tak bertali
No comments:
Post a Comment