Friday, August 5, 2011

ahlan wa sahlan ya ramadhan



assalamulaikum warga blogger

maaf sahabat andai...dah lama ila xupdate blog.kepadatan aktiviti
dan tuntutan tanggungjawab lebih menuntut perhatian dan masa senggang ila.
maafkan ila kn kn kn?
sayang korang!!
hehe syukran kerna husnuzzon dgn ila.
mungkin ada yang perasan
lately nih post-post di blog ni
berubah nada,jiwa dan rasa
dah lama nak buat tapi
masanya belum tiba untuk di'declare' kn
**ape punye bahase tah spm candidate nih.haha maaf =)**

okep2..mari kembali kepada tajuk post kita
alhamdulillah syukur kepada allah yang ESA
masih memberi peluang pinjaman denyut nadi dan
oksigen untuk disedut kepada hamba yang mudah leka dan alpa nih
mari kawan2 hargai ramadhan mulia ini...
perbaiki akhlak dan iman
takwa dan ibadah kita




cop2!ila bukan nak berlagak bagus..
tetapi ingat mengingati kan fardu kifayah
ila ingat kan diri sendiri dan sahabat handai
semoga ukhwah kita berteraskan perjuangan
**jihad xsemestinya memegang senjata bukan??**
bukankah lebih indah?lebih tersa manisnya??
bila mana ikatan ukhwah berteraskan perjuangan
berpaksikan ketaqwaan hakiki?
bermatlamatkan keredhaan dan jannah allah?


insyaallah,post2 seterusnya akan lebih di isi dengan ilmu yang lebih bermanfaat
semoga kita menambah nilai kita di sisi allah subhanahua taala
mari hayati:

dicelah-celah dinihari
terselit keindahan
bila mana airmata taubat
tumpah di kaki sejadah
dari hamba yang tersedar
terjaga dari mimpi
fatamorgana dunia

di atas sejadah taubat dipohon
dari allah yang Maha pengasih dan Maha penyayang
dari tuhan Maha penerima taubat
tersayat jiwa terkaku anggota
tatkala terimbas segala
difikiran dimata
segala khilaf dusta dan noda

kaku merenung jari jemari
kurniaan tuhan yang kadangkala dikufurknnya
tulus jiwa meluahkan rasa
mengadu domba
mengharap belas kasihan
ALLAH YANG ESA.

bukak minda bukak hati
wahai anak muda diluar sana
jemari ini mencoret
untuk mngetuk pintu hati dan akal
mohon dipaku mata dan jiwa
mengingati sesama kita
bangkit!bangkit!
bangkitlah dari mimpi lama
kita sudah berada di Ramadhan mulia
sudah di hari yang ke lima
tapi??
bagaimana amalan fardu kita?
masih berlobang kosong disini sana?
bagai mana amalan sunat kita?
masih lagi menjadi impian saja?

renung2kan selamat beramal


nota kaki: maaf puisi instant..moga beri manfaat...

salam ramadhan,

No comments:

Post a Comment