sentap!
hampir gugur air mata
akal ligat mencerna maklumat
keadaan dunia yang tandus kasih
yang buta sayang
yang hilang kemanusiaan
tak sangka!
berlaku depan mata
melibatkan orang yang tercinta
tak percya!
dia hilang waras
bertindak tanpa akal..
ya allah...
dugaanMU berat bagiku
bukakan lah pintu hatinya ya Allah
berikanlah hidayahMU padanya ya Allah
limpahkan lah rahmatMU
permudahkanlah urusan anak kecil itu ya Allah
kau murahkan lah rezekinya
janganlah kau timpakan dugaan lebih dari kemampuanNYA
Rawatlah hatinya dengan kasih sayangMU
janganlah kau biarkan dia tandus kesihMU
Ampuni hambaMU itu ya allah...
Menzalimi si kecil tidak berdosa
yang kau titip bagai amanah
pungut harta akhirat buatnya
namun hambaMU itu lupa
alpa!
akan janji yang dia tabur..
luah dari mulutnya sendiri..
ya Allah..
kasih sayang ku sudah tum;pah buat anak kecil itu
berikanlah aku jalan...
peluang agar dia turut merasa kasihku buatnya
jangan lah kau biar dia merasa tersisih dari keluarga ini
aku mohon ya allah..
tinta ini luhur dari hati yang tak bisa aku luah pada hambaMU yang lain
aku tidak pasti reaksi apakah yang akan ku terima
seiringkah hati mereka dengan hatiku
samakah tujuanku dengan tujuan mereka
ya allah
aku tidak tahu bagaimana hendak meluah
walaupun ku tahu ada insan mu yang sudi mendengar
ya Allah..
ampuni aku jika dugaan yang kau turunkan ini
buat aku mengunci hati
mengeraskan tingkah laku
hanya kerana tak mahu terluka
ya allah
ampuni ketelanjuranku andai pernah menyakiti anak itu
hanya kerana nafsu amarah ku
aku mohon..
permudahkan lah urusan kami,dia,mereka
izinkan aku menjadi ape yang mereka tidak mahu jadi ya allah
titip kerinduan ku buat sikecil itu..
titip ketabahan hatinya ya allah..
redhakan hatinya menrima takdir yang kau ukir buatnya
ya allah..
engkau sebaik-baik tempat meluah
tempat melepaskan segalanya..
p/s: along,ateh rindu along..ateh syg along..nt ateh bwk along jln2 ye syg?
sbr ye along....

No comments:
Post a Comment