apa khabar orang kampung lama sudah tak berjumpa
haha...lagu sudirman ko..tetibe
okeng2..arini resepe ala2 orang puntis...*sila bace orang putih*
arini tukar selera sikit...
kira ni kudap-kudapan pon boleh appetizer pon boleh
bahan-bahan:
-dada ayam ,di hiris nipis
(perasakan dengan garam dan lada hitam)
-lettuce/salad.ikut suka hati nak pakai yang mana
-tomato hiris nipis
-madu 1 sudu
-mix herbs
-serbuk paprika(optional)
-butter
-sos cili/sos blackpepper/mayonis
-tortilla
cara-cara:
1) panaskan non stick kuali dan panaskan kejap tortilla
untuk mudahkan untuk menggulung.
2)panaskan butter dan masukkan dada ayam
kemudian masukkan mix herbs/paprika dan madu
biarkan masak(kejap je)
3) amik sekeping tortilla,susunkan lettuce/salad,tomato
kemudian dada ayam yang telah siap.
4)kemudian letak sos cili/mayo dan sos lada hitam
5)gulungkan dan potong dua
6)enak makam macam tu je atau deep in sos cili
p/s: ni yang macam jual kat mekdi..ubah la kalo nak gempak siket
No comments:
Post a Comment