Wednesday, April 9, 2014

KEBAIKAN VITAMIN A UNTUK KANSER PAYUDARA

Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..
maha suci allah....masih memeberi peluang
sedikit perkongsian moga bermanfaat..
cuma suka diri yang fakir ini ingin mengingatkan
"bukan ubat yang menyembuhkan,bukan doktor yang menyembuhkan.Yang menyembuhkan itu ALLAH kerana sakit itu datang dari ALLAH.Dia berkehendak untuk memberi dan menarik nikmat yang diberi.Selain dari allah itu hanyalah WADAH."
in sha allah...

CC:https://www.facebook.com/DrZubaidiHjAhmad ( dr zubaidi )

Vitamin A dapat membantu menjadikan sel-sel precancerous kembali kepada sel normal semula
Salah satu produk biokimia yang dihasilkan oleh tubuh daripada vitamin A, iaitu retinoic acid boleh menukar sel-sel precancerous (sel yang sudah mengalami perubahan awal menjadi sel kanser) kepada sel-sel yang normal semula.
Kajian ini dilakukan oleh penyelidik dari Thomas Jefferson University dan disiarkan dalam Jurnal Antarabangsa Onkologi pada Mac 2014.
Penyelidik mendedahkan sel-sel payudara yang berada peringkat menjadi kanser kepada kepekatan retinoic acid dan mendapati bahawa retinoic acid mempunyai kesan yang positif terhadap sel-sel precancerous tetapi tidak memberik kesan kepada sel payudara yang normal normal atau sel payudara yang telah menjadi kanser.
Kajian mendapati bahawa terdapat perubahan pada 443 bahan genetic yang berasingan telah menyebabkan sebagai perubahan sel payudara menjadi sel precancerous yang bila-bila masa boleh bertukar menjadi sel kanser.
Pengambilan vitamin A yang akan menghasilkan retinoic acid dalam tubuh dapat membantu sel-sel precancerous ini menjadi sel-sel normal semula. Retinoic asid telah bertindak ke atas sel ini melalui modulasi epigenome yang berlaku dalam tubuh kita.
Rujukan: Maria Arisi, Rebecca Starker, Sankar Addya, Yong Huang, Sandra Fernandez. All trans-retinoic acid (ATRA) induces re-differentiation of early transformed breast epithelial cells. International Journal of Oncology, 2014;

No comments:

Post a Comment