Wednesday, July 9, 2014

Semalam ada yang berbincang pasal hukum derma organ kan. Ini hukum terbaru yang disepakati para ulama. Sebagai doctor Islam, wajib ambil course fikh perubatan walaupun dari mana jua doctor tersebut graduated. Dan sebagai doctor saya/akak nak beritahu apa yg akak tau memandangkan semalam ada yg dah sebut hal ini, iaitu "pembedahan keluarkan organ,mayat akan dibedah dari kepala ke bawah". Ini tidak tepat. Pembedahan keluarkan organ untuk diderma hanya belah sedikit di kawasan yg nak diambil organ. Malah lebih kecil daripada pembedahan caeserian section untuk keluarkan bayi. Organ yg dlm badan kita ni tidaklah sebesar mana pun, dan bukan semua organ boleh didermakan.Rasanya adik semalam terkeliru antara pembedahan keluarkan organ dari mayat dgn post mortem mayat. Biasanya hanya kematian natural cause (yg tidak perlukan post mortem) yg boleh derma organ kerana organ hanya boleh digunapakai jika dikeluarkan dan disimpan dlm tempoh 1-3 jam selepas kematian. Kalau kita tengok kematian yg perlukan post mortem biasanya organ mmg dah rosak seperti bunuh,lemas, yg mayat dijumpai pun lepas sekian2 masa atau kemalangan yg mayat dah cedera teruk, tersepit, dapat dikeluarkan dari kereta yg remuk pun hanya setelah 3-4 jam selepas waktu kematian. Mayat seperti ini mmg perlu post mortem tp x boleh guna dah organ2nya. Sewaktu kita isi borang kebenaran utk jd penderma organ kita boleh pilih organ apa kita mhu dermakan dan kepada siapa. Contohnya kepada org Islam shj, peringkat umur sekian, perempuan sahaja dll. Setiap hospital terlibat di negara Islam ada badan bertindak yg memantau pendermaan organ. Contoh seorang lelaki nak derma organ penis utk perempuan yg nak buat pembedahan tukar jantina, mestilah awal2 mereka dah tau dan cegah melainkan mereka buat guna sindiket. Tp buan mudah. Pembedahan utk derma organ di Malaysia khasnya amat sulit, polis mahkamah semua terlibat.sebab itu kita jarang dengar tentangnya.

OK balik pd aspek hukum:

1. Pemindahan organ

a) Memindahkan organ seseorg pesakit dari satu bahagian dari tubuhnya ke bahagian lain tubuhnya juga.
Hukumnya : HARUS, dengan syarat :-

i. Kepastian manfaat yang bakal diperolehi adalah lebih tinggi dari mudarat yang mungkin menimpa hasil pemindahan.

ii. Pemindahan tersebut tidak menyebabkan mana2 anggota yang diambil, hilang upaya dari menjalankan fungsi asalnya.

b) Memindahkan organ seseorg pesakit pesakit lain.
Hukumnya : HARUS , dengan syarat :-
i. Ia terdiri dari anggota yang akan pulih dan boleh tumbuh semula seperti darah dan kulit.
ii. Mestilah penderma mempunyai keahlian dari sudut umur dan aqal dalam membuat keputusan tersebut.

c) Memanfaatkan sebahagian angggota yang dipisahkan dari tubuh kerana keperluan akibat sakit tertentu, lalu didermakannya untuk orang lain. Seperti Kornea mata
Hukumnya : HARUS dengan syarat-syarat manfaat melebihi mudarat.

d) Memindahkan Organ yang boleh menyebabkan kematian penderma seperti Jantung
Hukumnya : HARAM

e) Memindahkan Organ yang boleh menghilangupayakan fungsi anggota tersebut dari tugas utamanya dalam keadaan tidak mengancam nyawa penderma. Seperti derma kornea mata kedua-duanya, kedua-dua tangannya.
Hukumnya : HARAM, kiranya didermankan hanya sebelah kornea, terdapat khilaf di kalangan fuqaha, yang lebih kuat adalah Haram kecuali kiranya tersgt diperlukan.

f) Memindahkan anggota mayat kepada seorg yang hidup yang hidupnya bergantung kepada anggota itu.
Hukumnya : HARUS, dengan syarat mendapat keizinan si mati (sebelum matinya) atau warisnya selepas matinya atau izin pemerintah kiranya si mati tidak diketahui warisnya.

g) Memindahkan organ binatang kepada manusia
Hukumnya : HARUS, dengan syarat haiwan yang halal di makan dagingnya.

h) Menjual Organ-organ yang ingin dipindahkan atau penderma mengambil bayaran yang ditetapkan hasil organnya
Hukumnya : HARAM, kecuali jika si penerima @ mana-mana pihak ketiga memberi hadiah secara sumbangan penghargaan tanpa ditetapkan sebelumnya.

2. Menghapus Ovum atau telur wanita yang berlebihan dari keperluan (Hasil pensenyawaan di luar rahim)

Hukumnya :
a). Kaedah penghaspusannya adalah dibiarkan tanpa sebarang perhatian, agar ia mati dengan sendirinya.
b) HARAM menggunakan ovum dari wanita lain, dan WAJIB pihak yang menguruskannya memastikan tiada sebarang kekeliruan atau percampuran atau pertukaran berlaku.

3. Menyambung anggota yang putus akibat Hukum Hudud dan Qisas

Hukumnya :

a) HARAM dalam kes Hudud untuk menyambung anggota semula kerana bercanggah dengan maqsud pelaksanaan syariah. Kecuali dalam kes Tersilap (Khata')

b) Dlm Kes Qisas : HARUS hanya dalam keadaan :-
    i-  Mangsa mengizinkan penyambungan dibuat selepas dilaksanakan qisas
    ii- Apabila mangsa boleh disambung anggotanya yang terputus.


HUKUM MENGGUGURKAN JANIN

Sebagai tambahan dan lebih faedah untuk pembaca disertakan hukum Menggugurkan Janin dalam keadaannya yang berbeza :


1. JANIN mengidap Penyakit yang ringan (tidak mengakibatkan kematian) yang boleh diubati.
Hukumnya : HARAM sebelum 4 bulan dan selepas

2. JANIN mengidap kecacatan ringan yang tidak boleh diubati tetapi ia boleh hidup. Seperti Buta, Cacat sebelah tangan, atau kedua-duanya, cata kaki, kurang jari dan sebagainya
Hukumnya : HARAM jika umur janin melebihi 4 bulan, HARUS kiranya umur bayi di bawah 4 bulan.

3. JANIN mengidap Kecacatan yang Serius yang membawa kematian . seperti tiada kepala, tiada paru2 dan sebagainya
Hukumnya : Biasanya janin akan gugur dengan sendirinya. Tiada hukum.

4. JANIN mengalami kecacatan anggota yang membawa akan membawa kematian sejurus selepas dilahirkan.
Hukumnya : Terdapat perbezaan pandangan ulama'

a) HARUS sebelum 4 bulan, Haram selepas 4 Bulan.

b) HARUS walaupun selepas 4 bulan, dengan syarat, Keyakinan tinggi hasil analisa Doktor2 pakar.

5. JANIN menghidapi penyakit AIDS.
Hukumnya : HARUS sebelum 4 bulan , Haram selepas 4 Bulan.

6. JANIN yang terhasil akibat dirogol
Hukumnya : HARUS digugurkan hanya sebelum 4 Bulan.

7. JANIN yang sihat @ sakit @ cacat tetapi nyawa Ibu terancam kiranya janin dilahirkan.
Hukumnya : HARUS gugur janin samada sebelum atau selepas 4 bulan, kerana nyawa Ibu diutamakan dalam hal ini.


PERSOALAN : Mengapa umur Janin SEBELUM DAN SELEPAS 4 bulan membawa perbezaan hukum ?

Jawapan : Berdasarkan hadith Riwayat Muslim, titik hidup manusia bermula sebagai manusia dengan mempunyai hak2 kemanusian yang dikitiraf dalam Islam adalah dari umur 4 bulan dalam kandungan. Kerana berdasarkan hadith Nabi SAW, MANUSIA DITIUPKAN RUHNYA KETIKA SEKITAR UMUR 120 HARI. DEMIKIAN PANDAGAN MAZHAB YANG EMPAT DAN MAJORITI FUQAHA.

Maka apabila telah ditiup Ruh, janin tersebut dianggap sebagai seorang manusia yang mempunyai hak seperti manusia sempurna. Justeru, penggugurannya adalah dikira membunuh manusia atau nyawa. Ia diharamkan oleh Allah FirmanNya : Ertinnya : "Dan janganlah kamu membunuh nyawa manusia yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan alasan yang benar (di sisi syarak)." (Surah Al-An'am : 151)

Walaupun majority fuqaha memfatwakan boleh menggugurakn janin sebelum 4 bulan dengan sebab2 yang konkrit, bagaimanapun terdapat sekumpulan kecil ulama yang mengharamkannya dalam semua peringkat umur janin, ia adalah pandangan Imam Abu Hamid Al-Ghazali (wafat 505 H), serta sebahagian Fuqaha' Mazhab Maliki.

Rujukan :
1. Qarar Majma' Fiqh Islam Sedunia
2. Al-Mawqif Al-Fiqhi wal Akhlaqi min qadhiyah Zar'u al-A'dho' , Dr Muhd Ali Al-Barr, Dar Al-Qalam, Dimasqh, cet 1, 1994 m
3. Qadhaya Tibbiyyah Mu'asiroh, Prof. Dr Muhd Na'im Yasin, Dar an-Nafais, Cet 3, 2000 m
4. Nizam Al-Usrah fil Islam, Prof Dr Muhd Uqlah Al-Ibrahim, Muassasah Ar-Risalah, cet 2, 1992 m
5. Gharasul a'dho', Dr Mustafa Al-Qudoh, Abhath Al-Yarmouk
6. Bahath Ijhad al-Janin Al-Musawwah, Prof Dr Misfar al-Qahtoni
7. Batath Ijhad al-Janin Al-Musawwah, Prof Dr Mahmud Abu Layl, Univ. UAE
8. Fatawa al-Muasiroh, Syeikh Dr Yusoff al-Qaradhawi, Muassasah ar-risalah, Beirut, cet 3, 1

No comments:

Post a Comment