Thursday, August 14, 2014

Tajuk : Rawatan Hati

Masa : 9:30-11:30

Tarikh :13/8/14

Tempat : SAHABAT USRAH

Penceramah : Julaiha Juferi

Assalamualaikum..Bismillahirahmanirahim..InsyaAllah mlm ni sy akan kongsi topik berkaitan hati iaitu "Rawatan Hati"

Bagaimana caranya bg menghidupkan semula hati yg bermasalah atau hati yg mati?

Ulamak mengatakan WAJIB hukumnya bg kita utk merawat hati yg "SAKIT".Malah perkara ini lebih utama dari memperbanyakkan amalan...

Kenapa ulamak berkata demikian?
-kalau hati sakit,rosaklah diri kita..hati tu kan umpama kerajaan dlm diri kita,yg utama dan disitu letaknya iman kita..lemah hati..lemah iman..kalau amalan byk pun tapi hati belum "suci" takut amalan kita tak atau belum diterima..cthnya solat tak tinggal tapi bila jumpa kwn2 still suka mengumpat dan fitnah orang lain...

Byg amalan tp hati tak "suci" mcmana kita nak capai ikhlas dlm beribadat?
-kata ulamak " org yg hatinya sibuk mengingati Allah serta berupaya mengubati nafsu adalah Ibh baik dr org yg memperbykkan solat dan puasa".

RAWATAN HATI
1-pastikan makan dan minum halal dan baik.
-ini kerana makanan atau rezeki yg halal lagi baik,dpt memberi kesan positif dlm diri dan sebaliknya bg rezeki dri sumber yg haram kerana apa yg dimakan akan menjadi darah daging kita..cthnya mudah,kalau kita makan rezeki hasil dari rasuah or mencuri pasti hidup kita takkan tenang..Pesan Rasulullah "Makanlah yg baik2,pasti doamu dimakbulkan".Dengan mengingati Allah juga hati akan menjadi tenang..Allahu..

2-Membaca Al-Quran
-Al-Quran merupakan mukzijat paling terulung..panduan hidup kita.Dengan membaca Al-quran hati akan jadi tenang walaupun kita tak faham maknanya lagi..sb tu kita dgn Al-quran ni kena jadi kawan baik "Bak irama dan lagu,tak boleh dipisahkan".Bila terpisah,habis musnah.

3-Berzikir
Firman Allah" Bukankah dgn berzikir,hati menjadi tenang" (surah Al-Ra'ad 13:28)
Sb zikir ni umpama air pada hati yg kering,dapat membasahkan hati dan membersihkan hati.cthnya mudah,bila kita tgh marah,resah gelisah..cuba kita try baca zikir..istighfar..Apa effectnya?
Hati akan tenang,hilang semua rasa gundah gulana dlm hati.

4-sedikit berbicara
-kurangkan berbicara mengenai hal2 yang lagha(lalai)..kurang bercakap kurang dosa..kurangkan bercakap perkara yg melalaikan..bercakap bila perlu..terkadang bila bercakap ni mengikut kata hati..Nabi pun berpesan,"kalau xde perkara baik itk diperkatakan,berdiam dirintu lebih baik"...kata2 yg dikeluarkan juga boleh mencerminkan peribadi diri,kata2 yg baik mencerminkan hatinya yg baik dan tenang,kalau kata2 yg kasar atau kurang baik menandakan hatinya yg kotor..cthnya kalau kita jumpa org suka tabur fitnah sana-sini,mesti kita dapat agak dlm hatinya penuh dgn hasad dengki..jika org yg beriman ,kata2nya sering memberikan hikmah& tutur kata yg baik...

Ada puisi imam Al-Syafi'i "diam terhadap org jahil itu kemuliaan,dlm diam terhadap upaya menjaga kehormatan.Bukankah singa digeruni meskipun dlm keadaan diamnya,sdgkan anjing tidak diacuh meskipun terus menyalak".

5-Menyendiri buat sementara dan muhasabah diri
-maksudnya,ambil masa utk menilai diri dan audit diri dgn tujuan memperbaiki diri dimasa akan datang..Menyendiri juga bermaksud menahan pandangan dari perkara2 yg haram dan makruh.Saidina Umar berkata " Siapa yg menjaga mata akan diberi kemantapan jiwa"..Kenapa Saidina Umar kata,"jaga mata dpt kemantapan jiwa"? Antaranya adalah utk mengelakkan dr melakukan maksiat,dpt menguatkan iman dihati,tp yg mudahnya "dari mata turun kehati".apa yg sampai pada mata akan dihantar ke otak dan otak akan share dgn hati utk mentafsir,kalau "suci" hatinya,kuat akalnya(otak) utk melawan nafsu,maka hasilnya adalah yg baik2..dan sebaliknya.kalau kita tgk benda2 yg tak elok,tambah pulak dgn hati xberapa nk teguh,pasti outcomenya negetif.sbb tu mata dikatakan pintu bg penyakit hati.Dlm masa yg sama sentiasalah mengakui kesalahan diri dan segera meminta keampunan dan keredhaan Allah.Kalau ditangguh taubat,akan membawa kpd hati yg bermasalah.Salah satu cara merawat hati yg tgh amarah..dlm satu hadis..Nabi saw bersabda..jika kita tgh berdiri,maka duduklah sehingga hati tenang,jika masih tidak boleh..maka baringlah sehingga hati reda dari amarah..

6-Kurangkan makan,banyakkan puasa
- Byk makan akan menguatkan nafsu syahwat,Nafsu seks amat berkait rapat dgn kekenyangan perut.maknanya kalau perut makin kenyang,nafsu seks akan tinggi..byk mkn juha akan membuatkan kita malas dan berat utk beribadah.oleh itu digalakkan berpuasa supaya dpt melentur hawa nafsu..Kita ambil pantun org dulu2,"gendang-gendut tali kecapi,kenyang perut suka hati",Bila dah suka hati sgt,lain jadinya..fikiran boleh menerawang..sb tu Nabi pesan " makan bila lapar,berhenti sblm kenyang".Sb tu puasa tu bagus..sekaligus dapat membersihkan rohani.kan Nabi ajar kita supaya bersederhana dlm apa jua keadaan..Bila sederhana kita ddk tengah2..Dapat rasa 2 benda.1st dpt rasa org yg hidup serba kekurangan mcmana,2nd dpt rasa jugak nikmat diberi rezeki lebih..lagipun byk makan blh jd punca kpd penyakit,dgn berasa lapar,dapat menguatkan tekat dan menajamkan mata hati..Beza kita dgn Rasulullah adalh..Rasulullah makan sikit2 tapi kita sikit2 makan..

Semoga Bermanfaat

No comments:

Post a Comment