Tuesday, September 3, 2013

CARA CARA MENANGANI PASANGAN ATAU ORANG YANG BARAN

Assalamualaikum warrah matullahi wabarakatuh
ape habaq?lama tak hapdet blogkan..kemalasan sedang melanda
so far alhamdulilah tak sibuk sangat sebab baru daftar sem 3
and yeayyy! kelas tak de..haha memang heaven ...
actly cuti ni nak polish theory sebab nak prepare nak praktikal kat
retail/ hospital..ilmu perlu cukup :) in sha allah...

oke.haa tajuk kat atas tu dah baca?opkos lerr kan..
haha ni nak berkongsi tips moga dapat diamalkan untuk perbaiki diri kite terutamanya..
mungkin musibah atau dugaan yang hadir bukan hanya sebagai
'tarbiyah' atau 'kafarah dosa' tapi sebagai petanda kita harus keluar dari zon selesa.

ni tip dari Datuk Dr Fadzilah Kamsah.

---baran mungkin disebabkan faktor :

*genetik/keturunan
*jahil coping skills untuk tangani baran
*TAK JAGA SOLAT
*hati yang kotor
*alah dengan bisikan setan
*terlalu stress
* etc

mulakan harini untuk overhaul diri kita dan pujuk baran dengan:

1) Jaga SOLAT 5 WAKTU  dan lakukan SOLAT SUNAT QABLIAH & BA'DIAH untuk
    menampung segala kekurangan dalam solat fardu kita.

2) SOLAT TAUBAt dan ISTIGHFAR 70x SETIAP HARI. Bila dosa terampun,
    maka hati jadi bersih,doa makbul dan oarang akan sayang.

3) SOLAT ISTIKHARAH untuk MEMOHON PASANGAN BERUBAH.JADI INSAN YANG
    SOLEH & SAYANG KELUARGA. lakukan juga istikharah untuk mohon panduan tangani
    baran dan tutup solat dengan SOLAT WITIR 'SETIAP MALAM SEPANJANG HAYAT'
    sebagai pembalut amalan kita seharian agar dapat diserahan kepada allah dengan sempurna.

4) MAAFKAN semua orang sebelum tidur agar hati jadi bersih,badan sihat,wajah jadi CUN
    doa makbul,semua orang maafkan kita mudah2an dan allah pulihkan pasangan kita dari
    sifat baran.

5) baca DOA PEMBUKA 12 PINTU, doa MEMBUKA SIFAT NEGATIF, Bismillah 5
    dan ayat kursi .Pengalaman menunjukkan sesiapa yang mengamalkan doa tersebut ,
    maka orang bujang akan bertemu jodoh,suami isteri akan bertambah sayang,
    selesai masalah,langsai hutang,terhakis sifat mazmumah.

6) PAGAR DIRI dengan surah al-fatihah dan surah 3 qul,hembus pada tapak tangan
    dan sapu diseluruh badan.Ini akan menghindar daripada gangguan manusia,binatang,jin
    dan sihir.

7) LEMBUTKAN HATI pasangan dengan surah Al-Fatihah, Surah Al-Hasyr: 21-24,
    Surah Taha:1-5,ayat qursi dan hembus ke badan,makanan,gambar atau pakaian yang telah
    dipakai sebelum dicuci.Untuk lembutkan HATI SENDIRI, sedut dan telan air liur
    selepas membaca ayat2 tersebut,

8) LAYAN pasangan lebih baik daripada biasa agar allah ubah hatinya dan buat dia rasa
    bersalah berkasar dan kurang sopan dengan kita.

9) SETIAP KALI NAK MASUK RUMAH atau pejabat,baca BIMLILLAH 3x,
    SENYUM,beri SALAM dan masuk dengan kaki kanan untuk menghindar dari
    setan DASim yang duduk di atas pintu rumah masuk kepala dan ganggu supaya
    manusia bergaduh,suami isteri bertengkar,ahli keluarga mudah menjadi BARAN,
    mudah melakukan maksiat,anak2 MELAWAN ibubapa,etc.

10) setiap kali nak bercakap dengan orang yang baran bacalah 3 nama Allah:
      -Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir dan hembus ke arah orang itu jika masih
      jauh atau berdehem depannya jika sudah berhadapan.Ini akan melembutkan
      hati sesiapa agar dapat mendengar cakap atau hujah kita.

11) PUJI dulu sebelum MENEGUR agar tak tercalar egonya.

12) jika terlalu sedih atau tertekan bacalah 3 doa Nabi :
        -inna lillahi wainna ilaihi rojiuunn.
        -ya Allah,aku redha dengan segala ujian dariMu ya Allah
        -ya Allah aku ada masalah dengan orang yang baran,tak jaga solat,enggan terima
          nasihat ya allah,Kaun banulah selesaikan masalah kami ini ya Allah.Jadikan la dia insan
          soleh,pemaaf,lemah lembut,boleh diajak berbincang,sayangi keluarga,bertanggungjawab,
          tidak baran,ELAK BUAT MAKSIAT dsb,In sha allah hati akan tenangn dan doa
          akan makbul.

13) rawat gangguan meta fizikal atau sihir( jika ada ) dengan membaca DOA MANZIL & YAASIN
      sekerap mungkin.Dapatkan DOA MANZIL daripada mana2 kedai buku islam.

14) tukar penampilah agar lebih ayu dengan tukar fesyen rambut,tukar perfume baru,
      buat rawatan muka exercise,tukar warna kegemaran.Lakukan apa saja ikut kemampuan diri.

15) tukar hiasan rumah ----recycle langsir,rearrange kerusi meja agar tampak berbeza,bila
      suasana rumah berbeza in sha allah  pasangan akan mudah berubah kepada yang positif.

cuba amalkan selama 40 hari berturut2 kerana tabiat baru terbentuk dalam 40 hari.In sha allah
akan nampak perubahan positif,langkah demi langkah.




No comments:

Post a Comment