Terperuk dengan rasa yang kau sendiri
Tak mengerti bukan sesuatu yang menyeronokkan.
Mencari sesuatu yang pasti telah hilang
Menyesakkan dada
Bertarung dengan naluri yang acap kali
Tewas dengan kewarasan akal
Tapak kaki menghayun langkah
Dicelah denai yang tiada penghujung
Dengan matlamat yang kabur
Melelahkan jiwa manusia
Berperang mencari fikrah
Fakta bersama bukti
Suasana itu..
Aku semakin hilang dalam laluan
Kelam seakan jauh ke dalam
Tiada penghujung
Kerana permulaan juga belum ke temui
No comments:
Post a Comment